Pages

klik-klik cari barang

Sep 26, 2010

Oh Si Cakap Besar..

Ada seorang staf baru ni. Baru sangat masuk kerja  di pejabat kami. Tapi dia awal-awal sudah buat kami melongo. Melopong dengan cerita-cerita bagus dirinya..bagus tahap dewalah.

Aku cemburu ke? eh takada maknanya...sebab setahu aku, kita ni kalau ya pun nak meninggi diri kenalah bertempat.

Lagi pun aku tak marahlah dia nak bangga sangat tapi yang buat AKU MARAH ialah dia cakap tak serupa bikin! Inilah yang disebut tin kosong. Bunyi kuat tapi kosong! Apa yang dia cakap semua kelentong.


Jangan-jangan resume dia tu pun kelentong juga..habis kami semua dapat susah oleh kerana 'kehebatannya dalam bekerja'. Akhirnya tahu tak apa yang jadi? Dia sendiri yang 'cabut' lepas kerjanya jadi kelam kabut..oh Mr.Cakap Besar..jangan kau muncul lagi di depan aku..

0 comments: