Hari ni sangat letih. Bukan letih bekerja tapi letih memikirkan bagaimana untuk meningkatkan taraf hidup yang dari dulu di takuk lama. Nak beli rumah tapi sen ciput dalam bank. Yang penting sekarang adalah RUMAH.
huhuhu...
klik-klik cari barang
Feb 18, 2011
Nov 22, 2010
Sep 30, 2010
Si cantik yang terpinggir
Alkisah kawan aku yang seorang nih..memang kasihan. Yalah kerana rupa dan sikapnya dia sering dilanda dugaan demi dugaan. Bukan semua orang cantik ni bertuah. Selain diberi perhatian oleh ramai orang dia juga mendapat lebih tomahan orang. Sampai satu saat dia kecewa dengan dirinya sendiri. Aku rakannya yang paling rapat pun tak dapat membantunya seratus peratus. Lelaki yang suka dia..ramai. Tapi tak ikhlas. Cuma pandang rupanya sahaja. (kawan aku ni memang sangat cantik. Aku yang perempuan ni pun boleh pandang dua tiga kali ketika kali pertama terpandang apatah lagi kalau lelaki, mahu terjojol biji mata!).
Bak kata orang; gadis sepertinya digilai lelaki tetapi dibenci oleh perempuan. Sifatnya yang pendiam membuatkan kawan-kawan perempuan menggelarnya sombong walhal mereka tak pernah pun menyapa dia. Mereka tak pernah cuba berkawan dengannya tetapi melempar tuduhan dari jauh. Malah roomate yang dia anggap salah seorang rakan baik pun sering menggunakan dirinya. Sampai boyfriend dia pun si roomate ada cita-cita nak kebas. Manusia memang aneh. Apalagi bila sakit hati pada kecantikan yang dimiliki orang lain. Mudah benar membenci tanpa sebab.
Rakanku itu akhirnya penat dengan orang sekelilingnya sampai wataknya yang pendiam makin pendiam kecuali kalau jumpa dengan aku. Sebab hanya aku yang tak jemu dengar masalahnya yang berderet-deret sama ada masalah keluarganya, kawan sampailah ke masalah teman lelaki. Betul juga jika kita mendengar kita akan lebih faham situasi orang lain. Kita tak akan mudah menghakimi orang yang kita tidak kenal. Kepada kawanku ini aku harap bersabarlah. Kadang-kadang kita juga perlu ubah cara kita dengan orang sekeliling. Sifat pendiam perlu bertempat. Tegurlah kawan-kawan biarpun sebaris ayat. Sebab manusia mudah cair dengan secarik senyuman. Jangan berharap orang yang mulakan dulu tapi biarlah kita yang mulakan persahabatan. Aku pasti dengan cara itu sedikit sebanyak title 'sombong' yang melekat di badan tu akan tanggal perlahan-lahan. (ingatan ini bukan untuk kamu sahaja tapi untuk aku sendiri jugak.)
mmmm...
Sep 29, 2010
wahai cik gaji...
Aku rasa macam nak hantuk saja kepala aku ni di dinding. Asyik mengantuk dari pagi tadi. Semalam tak adalah lewat sangat tidur. Biasa saja. Nasi lemak aku dah tak 'bantai' dah. (biasanya nasi lemak Pakcik depan opis aku sedappp sangat dan kaki aku ni bagai dipaksa-paksa meluru begitu saja ke gerainya). Tapi hari ini kaki aku bagai tersekat ke situ kerana poket ku yang sudah berlubang. Gaji..gaji..cepatlah kau datang..
Sep 26, 2010
Oh Si Cakap Besar..
Ada seorang staf baru ni. Baru sangat masuk kerja di pejabat kami. Tapi dia awal-awal sudah buat kami melongo. Melopong dengan cerita-cerita bagus dirinya..bagus tahap dewalah.
Aku cemburu ke? eh takada maknanya...sebab setahu aku, kita ni kalau ya pun nak meninggi diri kenalah bertempat.
Lagi pun aku tak marahlah dia nak bangga sangat tapi yang buat AKU MARAH ialah dia cakap tak serupa bikin! Inilah yang disebut tin kosong. Bunyi kuat tapi kosong! Apa yang dia cakap semua kelentong.
Jangan-jangan resume dia tu pun kelentong juga..habis kami semua dapat susah oleh kerana 'kehebatannya dalam bekerja'. Akhirnya tahu tak apa yang jadi? Dia sendiri yang 'cabut' lepas kerjanya jadi kelam kabut..oh Mr.Cakap Besar..jangan kau muncul lagi di depan aku..
Aku cemburu ke? eh takada maknanya...sebab setahu aku, kita ni kalau ya pun nak meninggi diri kenalah bertempat.
Lagi pun aku tak marahlah dia nak bangga sangat tapi yang buat AKU MARAH ialah dia cakap tak serupa bikin! Inilah yang disebut tin kosong. Bunyi kuat tapi kosong! Apa yang dia cakap semua kelentong.
Jangan-jangan resume dia tu pun kelentong juga..habis kami semua dapat susah oleh kerana 'kehebatannya dalam bekerja'. Akhirnya tahu tak apa yang jadi? Dia sendiri yang 'cabut' lepas kerjanya jadi kelam kabut..oh Mr.Cakap Besar..jangan kau muncul lagi di depan aku..